Papan tanda pelancongan

Papan tanda pelancongan.

Papan tanda pelancongan, sering juga disebut sebagai papan tanda coklat dan papan tanda tempat pelancongan,[1] ialah papan tanda lalu lintas yang tujuannya untuk mengarahkan pelancong dalam negara atau luar negara ke destinasi pelancongan, seperti bangunan bersejarah, kawasan pelancongan, atau tapak perkhemahan, kawasan perkelahan, kemudahan sukan atau muzium. Mengikut konvensyen antarabangsa, tanda coklat dengan huruf putih dan piktogram putih sering digunakan untuk tujuan ini. Pada pertengahan 1970-an, papan tanda pelancongan telah diperkenalkan di Perancis.[2] Dari sejak itu, idea untuk mengarahkan pelancong ke tempat-tempat menarik dan tarikan menggunakan papan tanda jenis seragam telah tersebar ke seluruh dunia.

  1. ^ Tourist Signs (Brown Signs) di www.highways.gov.uk. Dicapai pada 13 Ogos 2013.
  2. ^ Touri-Tafeln an der Autobahn ("Tourist Signs on the Motorway") diterbitkan pada 11 Ogos 2006 di Spiegel-Online

Developed by StudentB